Friday, September 17, 2010

saudara mara,kekayaan dan amal perbuatan

saudara mara,kekayaan dan amal perbuatan

kata kumail:

saya bersama ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari,Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat disitu sambil berkata : "ya ahli2 kubur! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini! bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana? setahu kami segala harta kekayaan pusaka peningalanmu telah habis dibahagi-bahagikan,anak2 kamu telah menjadi yatim dan janda2 yang kamu tingalkan telahpun berkahwin semula.Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu."
Kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata:

"Ya kumail!seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan yang sebaik-baik berkalan ialah taqwa." Air mata berhamburan dari kedua-kedua matanya.Katanya lagi; " YA kumail perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia.Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadis tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik.Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya.Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya.Nabi S.A.W. telah bersabda dalam sebuah hadisnya:


"Hanya 3 benda sahaja yang akan mengikut seseorang ke kuburnya; harta bendanya,kaum kerabatnya dan amal perbuatannya.Harta dan kaum kerabatnya akan kembali selepas upacara pengebumiannya.yang tingal bersama-sama hanyalah amalannya sahaja".

Pada suatu hari Nabi S.A.W. telah bertanya kepada para sahabatnya:

"Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudaramaramu,kekayaan,dan amal perbuatan?"

sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan beliau,Nabi pun berkata:

"perhubungan itu bolehla diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan 3 orang adik-beradiknya,Apabila manusia hampir2 hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudaramaranya tadi lalu berkata:"saudara,engkau tahu akan keadaanku ini bukan? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan padaku?" saudaranya menjawab: "aku akan memanggil doktor untuk merawati mu dan aku akan menjaga kamu.Kalau engkau mati,aku akan memandikan jenazah mu,mengkafankan kamu dan mengusung jenazah kamu ke perkuburan.Kemudian aku akan mendoakan kamu.saudaranya ini ialan kaum kerabatnya.Soalan sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua.jawapannya: "aku akan berada bersama2 dengan engkau selama engkau masih bernyawa.sebaik sahaja engkau meninggal,aku akan pergi kepada orang lain."saudaranya yang ke 2 ini ialah harta kekayaannya.Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ke 3,dia menjawab:"aku tidak akan meninggalkan mu walaupun di dalam kubur sekalipun.aku akan bersama2 kamu ke tempat itu.ketika amal perbuatanmu ditimbang,aku akan memberatkan perbuatan-perbuatanmu yang baik." saudara yang terakhir ini ialah  amal kebaikan yang telah dilakukan sepanjang hidup.
sekarang mana satu yang menjadi pilihanmu? jawab para sahabat:"Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya terakhirlah yang paling berguna untuk dirinya."

kisah kehidupan rasulullah yang sederhana

pada suatu ketika,Nabi S.A.W. telah berpisah selama sebulan daripada isteri2 kerana salah seorang daripada mereka telah menyingung perasaannya.Selama sebulan beliau tinggal berseorangan di dalam sebuah bilik.Suatu khabar angin yang tersebar di kalangan para sahabat mengatakan yang nabi telah menceraikan isteri2nya.Apabila Umar r.a mendengar khabar angin ini,dia pun bergegas ke masjid,setibanya di masjid ia dapati sahabat2 nabi sedang duduk termenung,kesedihan jelas terbayang di wajah mereka.Meningalkan mereka,Umar berjalan pula ke rumah hafsah yang menjadi isteri Nabi.Dia dapati Hafsah menangis-nangis di dalam biliknya.Dia bertanya:

"mengapa kamu menangis?bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan nabi?"

kemudian dia berjalan ke masjid sekali lagi.Kelihatan olehnya beberapa orang sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Di sini dia duduk bersama-sama sahabat lainnya.tetapi oleh kerana terlalu sedih,dia bangun lalu berjalan ke arah bilik nabi itu.Melalui rabiah,dia meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi.Nabi tidak melahirkan sepatah kata pun sebagai menjawab permintaannya.permintaannya untuk menemui Nabi dibuat beberapa kali dan hanya pada kali ke 3 sahaja baru Nabi mengizinkan naik.Apabila ia masuk,ia dapati Nabi berbaring di atas sekeping tikar yang diperbuat daripada daun pohon tamar.Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan di badan Nabi.Berdekatan dengannya terdapat sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan kulit-kulit pohon tamar.

Umar r.a bercerita:

"saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya:"sudahkah tuan menceraikan isteri2 tuan?" Nabi menafikan perkara itu.Saya berasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"YA Rasulullah,kita kaum Quraisy selamanya telah menguasai wanita2 kita.Tetapi keadaan berlainan sungguh dengan orang2 Ansar.Mereka dikuasai wanita2 mereka sehingga wanita2 kita telah terpengaruh." Nabi tersenyum mendengar kata2 saya yang lucu.saya memerhatikan keadaan dalam bilik itu saya lihat ada 3 keping kulit binatang yang telah disamak dan sedikit barli di suatu sudut.selain dari ini tidak ada sesuatu apa pun.saya menangis.Nabi s.a.w bertanya: "mengapa kamu menangis?"saya menjawab:"mengapa tidak,ya Rasulullah.saya sedih melihat bekas2 tikar yang tuan tiduri di badan tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini.semoga Allah mengurniai tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak.orang2 parsi & rumawi yang tidak menyembah Allah mempunyai raja yang hidup mewah.Mereka hidup di taman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh Allah hidup dalam keadaan serba miskin.Semasa saya mengeluarkan kata-kata itu Nabi sedang bersandar di bantalnya,dia dengan serta-merta bangun lantas berkata:"Wahai Umar,nampaknya kamu masih dalam keraguan.kesenangan dan keselesaan hidup yang bakal kita perolehi di akhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang terdapat di dunia ini.Kalau di dunia ini mereka hidup mewah,keadaan akan berubah di akhirat kelak.Di sana kita akan menikmati segala-segalanya."Ya Rasulullah,berdoalah kepada Allah agar dia mengampuni saya.saya telah bersalah dalam hal ini." seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aisyah mengenai tikar bantal Rasulullah s.a.w. jawab Aisyah:"ianya terdiri daripada sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan kulit2 pohon tamar."

soalan yang sama telah dikemukakan kepada Hafsah.

Dia menjawab:"Ianya terdiri daripada sehelai kain terpal yang dilipat dua.Pada suatu hari,untuk memberi keselesaan kepada Nabi,saya telah mehamparkan kain itu berlipat empat.Pada esok paginya beliau bertanya:"Apakah kamu hamparkan untukku malam tadi:"saya menjawab:"kain yang sama tetapi berlainan lipatannya." Katanya:"Lipatkanya seperti dahulu.Keselesaan yang bertambah itu akan menghalangkan tahajjud."

Nama2 syurga & Neraka




Tingkatan dan nama2 syurga:
1.firdaus
2.'Adn
3.Na'iim
4.Na'wa
5.Darussalaam
6.Daarul Muaqaamah.
7.Al-Muqqamul Amin
8.khuldi

Tingkatan dan nama2 neraka:
1.Jahannam
2.Jahiim
3.Hawiyah
4.Wail
5.Sa'iir
6.Ladhaa.
7.Saqar
8.Hutomah.

Thursday, September 2, 2010

Dari Wanita Untuk Lelaki

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

 Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki. 


*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan..=P

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..=)

Wednesday, September 1, 2010

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. 

sunnah nabi jarang nak ikut .. 

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. 

The Truth 

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. 

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. 

Percayalah. 

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 

Additional info 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. 

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) 


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk 

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 

Perhatian 

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. 

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.