Sunday, August 29, 2010

Mahligai syurga sebagai ganjaran menolong orang miskin

Terjadi pada zaman dahulu,seorang alawi yang mempunyai beberapa orang anak perempuan yang tiba2 menigal dunia,dan anak-anaknya dipelihara oleh ibunya yang juga dari keturunan alawiyat.Dan kerana keadaan sangat miskinnya sehingga ia dan anak-anaknya terpakasa tingalkan di sebuah surau kecil yang sudah rosak dan tidak boleh didiami untuk beribadat,sedang ibunya terpaksa keluar untuk mencari rezeki untuk anak-anaknya.

pada 1hari si ibu pergi menemui ketua daerah itu,seorang muslim untuk mengadu hal keadaannya yang tersangat daif,tetapi ceritanya itu tidak dihiraukan malah tidak dipercayainya,dengan meminta bukti dan dijawab wanita iut "aku seorang ibu tungal".

tetapi ketua daerah itu mangabaikan hal itu,kemudiannya wanita itu keluar dan bertemu pula dengan seorang Majusi,maka ia ceritakan halnya yang miskin & tidak berdaya itu.Majusi itu lantas menyuruh orang suruhannya pergi mejemput anak-anaknya dan diberikan layanan makan & minum serta dimuliakan.

tiba-tiba pada suatu malam,ketua daerah Muslim telah bermimpi seolah-olah hari kiamat telah tiba dan diatas kepala nabi muhammad s.a.w ada panji'Liwa'aul -hamdil' dan disampingnya ada mahligai besar lagi indah maka ia bertanya:,Ya rasululllah,untuk siapakah ini mahligai itu?"
jawab rasulullah ; ' untuk orang muslim"
ketua daerah; "saya termasuk orang muslim dan bertauhid"

Lantas rasulullah bertanya.

'Tunjukan padaku bukti kebenarannya.Maka ia segera bangun dari tidurnya dengan perasaan yang sangat kecewa kerana menolak janda itu.Kemudian berusaha untuk mencari,Akhirnya  ia mendapat berita,bahawa wanita itu berada dirumah Majusi yang menolongnya.Lantas dia pergi ke rumah Majusi tersebut dengan tujuan meminta diserahkan janda muslim itu dan anak2nya kepadanya,tetapi ditolak oleh Majusi itu dengan Alasan ; "aku telah merasakan berkat orang-orang yang aku tolong ini."

kerana ia ingin mendapatkan si janda itu,lalu ketua daerah itu menyerahkan wang seribu  dinar pada Majusi sebagai imbalan agar menyerahkan ia padanya dan anak2nya.Dengan lantang orang Majusi itu berkata:
"kamu bukan orang muslim"

"Apakah engkau akan berbangga padaku tentang islammu,demi Allah tiadalah kami tidur pada malam itu sehingga kami sekeluarga telah masuk islam ditangan wanita ini dan anak2nya,dan aku juga bermimpi sama dengan mimpimu itu".

Dan ketika Rasulullah bertanya padaku "Apakah janda Alawiyat dengan anak2nya itu berada dirumahmu?.'
Jawabku ; "Benar,Ya Rasulullah",Maka Rasulullah bersabda. "Mahligai itu untukmu dan keluargamu".Setelah mendengar keterangan orang Majusi itu maka kembalilah Ketua Daerah itu dengan perasaan yang sangat menyesal tidak terhingga.

Pengajaran cerita ini islam mengalakan kita memberi pertolongan kepada orang miskin sangat digalakan dalam islam.Kerana Rasulullah bersabda "Orang yang berusaha untuk membantu wanita janda,anak2 yatim,fakir2 miskin,bagaikan pejuang fisabilillah yang berjihad di jalan Allah,bagaikan orang yang sentiasa bangun malam untuk bersolat setiap malam,dan berpuasa di siang hari".

sumber : koleksi 75 Kisah Benar dalam hidup nabi-nabi,para sahabat & tokoh-tokoh ISLAM.

No comments:

Post a Comment