Friday, September 17, 2010

kisah kehidupan rasulullah yang sederhana

pada suatu ketika,Nabi S.A.W. telah berpisah selama sebulan daripada isteri2 kerana salah seorang daripada mereka telah menyingung perasaannya.Selama sebulan beliau tinggal berseorangan di dalam sebuah bilik.Suatu khabar angin yang tersebar di kalangan para sahabat mengatakan yang nabi telah menceraikan isteri2nya.Apabila Umar r.a mendengar khabar angin ini,dia pun bergegas ke masjid,setibanya di masjid ia dapati sahabat2 nabi sedang duduk termenung,kesedihan jelas terbayang di wajah mereka.Meningalkan mereka,Umar berjalan pula ke rumah hafsah yang menjadi isteri Nabi.Dia dapati Hafsah menangis-nangis di dalam biliknya.Dia bertanya:

"mengapa kamu menangis?bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan nabi?"

kemudian dia berjalan ke masjid sekali lagi.Kelihatan olehnya beberapa orang sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Di sini dia duduk bersama-sama sahabat lainnya.tetapi oleh kerana terlalu sedih,dia bangun lalu berjalan ke arah bilik nabi itu.Melalui rabiah,dia meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi.Nabi tidak melahirkan sepatah kata pun sebagai menjawab permintaannya.permintaannya untuk menemui Nabi dibuat beberapa kali dan hanya pada kali ke 3 sahaja baru Nabi mengizinkan naik.Apabila ia masuk,ia dapati Nabi berbaring di atas sekeping tikar yang diperbuat daripada daun pohon tamar.Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan di badan Nabi.Berdekatan dengannya terdapat sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan kulit-kulit pohon tamar.

Umar r.a bercerita:

"saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya:"sudahkah tuan menceraikan isteri2 tuan?" Nabi menafikan perkara itu.Saya berasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"YA Rasulullah,kita kaum Quraisy selamanya telah menguasai wanita2 kita.Tetapi keadaan berlainan sungguh dengan orang2 Ansar.Mereka dikuasai wanita2 mereka sehingga wanita2 kita telah terpengaruh." Nabi tersenyum mendengar kata2 saya yang lucu.saya memerhatikan keadaan dalam bilik itu saya lihat ada 3 keping kulit binatang yang telah disamak dan sedikit barli di suatu sudut.selain dari ini tidak ada sesuatu apa pun.saya menangis.Nabi s.a.w bertanya: "mengapa kamu menangis?"saya menjawab:"mengapa tidak,ya Rasulullah.saya sedih melihat bekas2 tikar yang tuan tiduri di badan tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini.semoga Allah mengurniai tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak.orang2 parsi & rumawi yang tidak menyembah Allah mempunyai raja yang hidup mewah.Mereka hidup di taman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh Allah hidup dalam keadaan serba miskin.Semasa saya mengeluarkan kata-kata itu Nabi sedang bersandar di bantalnya,dia dengan serta-merta bangun lantas berkata:"Wahai Umar,nampaknya kamu masih dalam keraguan.kesenangan dan keselesaan hidup yang bakal kita perolehi di akhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang terdapat di dunia ini.Kalau di dunia ini mereka hidup mewah,keadaan akan berubah di akhirat kelak.Di sana kita akan menikmati segala-segalanya."Ya Rasulullah,berdoalah kepada Allah agar dia mengampuni saya.saya telah bersalah dalam hal ini." seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aisyah mengenai tikar bantal Rasulullah s.a.w. jawab Aisyah:"ianya terdiri daripada sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan kulit2 pohon tamar."

soalan yang sama telah dikemukakan kepada Hafsah.

Dia menjawab:"Ianya terdiri daripada sehelai kain terpal yang dilipat dua.Pada suatu hari,untuk memberi keselesaan kepada Nabi,saya telah mehamparkan kain itu berlipat empat.Pada esok paginya beliau bertanya:"Apakah kamu hamparkan untukku malam tadi:"saya menjawab:"kain yang sama tetapi berlainan lipatannya." Katanya:"Lipatkanya seperti dahulu.Keselesaan yang bertambah itu akan menghalangkan tahajjud."

No comments:

Post a Comment