Sunday, August 29, 2010

Pahala Membantu Tetanga Dan Anak Yatim

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji,beliau tertidur di Masjidil Haram.Dia telah bermimpi melihat 2 malaikat turun dari langit lalu yang 1 bertanya kepada yang lain ;

"berapa banyak calon orang2 yang berhaji pada tahun ini?.'


jawab yang lagi 1; "600 ribu'


Lalu ia bertanya lagi ;

"Berapa banyak yang diterima?.'


Jawabnya ;

"Tidak seorangpun yang diterima hajinya,hanya ada seorang tukang kasut di damsyik bernama Muwaffaq,dia tidak dapat behaji,tetapi diterima hajinya,sehingga semua haji yang lain pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq itu."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar pencakapannya itu,maka terbangunla ia dari tidurnya,dan lansung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah dirumahnya.Dan ketika diketuk pintunya keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawabnya ; "Muwaffaq."


Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq; "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku,tetapi dengan tanpa disangka aku mendapat wang 3ratus dirham dari pekerjaan membuat dan menampal kasut,lalu aku berniat haji pada tahun ini,sedang isteriku pula hamil,maka suatu hari ia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu,maka aku pergi kerumah jiranku dan menyampaikan hajatku kepada wanita jiranku itu."


Jawab jiranku ; "Aku terpaksa membuka rahsiaku sebenarnya anak2 yatimku sudah 3 hari tidak makan,kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka.Tiba2 aku bertemulah aku dengan bangkai himar disuatu tempat,lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk dimasak,makanan ini halal bagi kami,dan haram untuk mu."


Ketika aku mendengar jawapan itu,segera aku kembali kerumahku mengambil wang 3ratus dirham dan ku serahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak2 yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah didepan pintu rumahku." kata Muwaffaq.

Demikianlah 1 cerita yang menerangkan membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi didalamnya terdapat anak2 yatim.

Rasulullah pernah ditanya ; "Ya Rasulullah tunjukan padaku amal perbuatan yang bila aku amalkan akan masuk syurga"


Jawab Rasulullah ; "Jadilah kamu orang yang baik"

Orang itu bertanya lagi ; "Ya Rasulullah,bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik? "

Jawab Rasulullah ; "Tanyakan pada tetanggamu,maka bila mereka berkata engkau baik,maka engkau benar2 baik,dan bila mereka kata engkau jahat maka engkau sebenarnya orang jahat"

sumber:Koleksi 75 kisah benar dalam hidup nabi-nabi,para sahabat,& tokoh2 ISLAM.

No comments:

Post a Comment